jutawan
jutawan
jutawan
minda jutawan
update posto ! medical...
Assalamualaikum.
Agak lama juga tak update blog.
Kali terakhir update masa konvo tahun lepas.
Posting ortho dah tamat.
Posting medical pun dah tamat.
Sekarang baru tamat tagging posting O&G.
Nak cerita pasal ortho dah lambat sangat.
pasal medical bolehla sikit.
posting medical boleh dikatakan posting paling banyak kerja prosedur pesakit dan lain2.
posting paling penat dan tenat.
setiap hari kena datang awal review belas2 pesakit dan round bersama specialist jam 8pagi.
punch card memang 6.30 memanjang setiap hari.
posting medical kat sini terbahagi kepada general ward dan juga subspecialty.
general ward ada 4 (2 laki, 2 perempuan)
subspecialty ialah denggi wad, chest team, nephro team, cardio team, hemato team dan juga periferi (menjaga pesakit medical di wad 1st & 2nd class dan juga referral kes dar wad lain).
2 bulan pertama jaga general ward, 2 bulan berikutnya rotation dalam subspecialty.
general ward ada 4 wad.
setiap wad laki ada dalam 30-50 pesakit manakala perempuan 20-40.
datang pagi2 review pesakit. kena pandai2 bajet masa untuk abiskan review sebelum pukul 8.
kalau diuji Tuhan, masa datang review pagi tu ada at least satu pesakit collapse dan kena buat CPR. after CPR baju berpeluh2 macam baru lepas joging dan sit up. then kena sambung review.
after review, kena round dengan bos.
masa round, catatlah semua job list iaitu blood taking, radiography, refer, trace result, discharge, dan lain2. 2-3 HO untuk setelkan pesakit yang banyak di satu wad.
alhamdulillah masa kat medical, jumlah HO dalam 30 orang, boleh bernafas sikit.
agak kesian kat HO medical sekarang sbb ada HO 24 orang je... satu general wad ada 4 orang je iaitu 2 kerja pagi, 1 kerja petang, dan satu lagi post kerja petang.
penat nak taip...
tidoooooo .....
graduasi MD (UKM) .. part 2
22/09/2011
bertolak dari hospital kuantan lepas punch card pukul 5petang
terus drive meredah jem ke highway
sampai je highway, terus pecut laju sebab taknak lalu karak dalam gelap
dekat temerloh hujan lebat pulak
aduhai ..
alhamdulillah sampai KL jam 7.20malam
2jam20minit... gila tak? :D
23/09/2011
bergerak ke KTSN jam 2petang
jalan setapak tu jem plak
so sampai jam 2.30 petang
panas terik gile sampai peluh2 tembus baju... =="
dah la kena parking jauh gila kat klinik audiologi
jalan redah panas terik ke DSG
sampai DSG, kena isi2 borang plak
memang basah kuyup
terus pakai jubah merah tutup peluh .. huhuhu...
nasib baik peluh x terserap ke jubah
dalam dewan, tup2 nampak gambar senior SUE ANIDA besar gila kat backdrop pentas
cam model plak ..
dah la gambar dia digunakan tanpa kebenaran .. tanpa royalti .. (sian ko sue...)
majlis dimulakan dengan ucapan prof raymond selaku dekan fakulti perubatan ukm
disusuli ucapan wakil batch kami, syed muhammad syed ali
kemudian penyampaian hadiah buku dan pingat kepada graduan cemerlang
bacaan ikrar graduan
dan akhir sekali, bergambar!
seronok amik2 gambar ngan pensyarah dan kawan2 sebatch
usaha selama 5 tahun akhirnya dibalas dengan kejayaan
kejayaan yang juga menandakan permulaan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang doktor ....
Saya berjanji
sebagai graduan perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Saya akan melaksanakan tugas menggunakan
pengetahuan dan kebolehan saya sebaik mungkin
tidak kira kedudukan bangsa atau agama
saya akan melaksanakan tugas saya untuk mengurangkan
sakit dan tenangkan manusia dalam kesakitan
saya akan berpegang kuat untuk menghormati tradisi
dan tuntutan profesyen perubatan
saya akan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
untuk kebaikan masyarakat
saya akan mempertahankan maruah
dan martabat manusia
saya berdoa kepada Tuhan supaya dikurniakan
kekuatan, kesabaran dan dedikasi
untuk mematuhi ikrar ini
graduasi MD (UKM) .. part 1
23/09/2011
hari mesra graduan fakulti perubatan ukm
hari tersebut merupakan hari pengiktirafan kepada graduan2 MD UKM '2011
diadakan sehari sebelum hari konvokesyen di UKM Bangi
hari ini diadakan sebagai satu langkah membolehkan graduan, ibubapa dan pensyarah beramah mesra dalam suasana yang meriah
dengan berjubah merah, graduan diraikan
diadakan di Kolej Tun Syed Nasir iaitu kolej yang graduan2 MD UKM duduki ketika berada di tahun 1
kolej ini terletak di jalan temerloh, taman tasik titiwangsa
ramai ibu bapa dan pensyarah yang hadir bagi meraikan anak2 dan pelajar mereka
seronok tengok masing2 dengan senyuman gembira
borak2 sama2 setelah hampir 4 bu;lan tidak bertemu
mungkin pertemuan akan datang adalah selepas tamat housemanship ....
tak reti nak cerita panjang2...
so tengok gambar je la ye ...
alam kerjaya sebagai doktor .... 01
ehem .. banyak habuk da belog ni..
sampah sepam pun banyak kat chatbox tu ...
nak cuci tapi malas ..
huhu ..
alam kerjaya memang tak sama dengan alam pelajar
bekerja sebagai doktor tak sama dengan belajar jadi medical student
dah jadi doktor barulah tau sebenarnya masa jadi medical student dulu banyak main2
bila dah jadi doktor, baru terhegeh2 nak stadi semua semula
bila nurse inform patient tu ada masalah, baru terkial2 pikir nak manage camne
bila asik kena marah masa ward round atau oncall, baru tau betapa cuai dan lembabnya diri
banyak nak update tapi update sikit2 je dulu 0k ... :)
masa induksi di bukit merah dari 24 - 27 mei 2011, automatik dilantik sebagai penjawat awam
25 mei 2011 dapat tahu penempatan kerja di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN KUANTAN
28 mei 2011 rehat di rumah dan kemas2 barang untuk berpindah ke Kuantan
29 mei bertolak ke kuantan dan pusing2 kuantan cari rumah sewa sebab hostel suami isteri dah penuh
jenuh cari sampai 5petang baru dapat rumah di Inderasempurna yang jauh 20minit ke HTAA
duduk sana 3 hari je kemudian pindah ke Sg Isap sebab tak larat drive jauh2 dan kos minyak
akhirnya di Sg Isap ni sewa rumah yang sangat mahal tapi jarak ke hospital dekat
duduk sini pun sampai september je sebab lepastu ada hostel suami isteri yang kosong dalam HTAA
dah tempah awal2 da :)
.... bersambung
induksi
esok mula induksi di Laketown Resort Bukit Merah ..
24 - 27 Mei 2011 ..
InsyaAllah esok di Bukit Merah dapatlah tahu posting di hospital mana ..
hope sangat dapat either Kuantan atau Seremban ..
30 Mei 2011 mula posting di hospital yang akan ditentukan esok ..
selamat bekerja !
p/s : alamak! tak update lagi pasal wedding .. huhuhu ...
Kau Adi Guru
pelajar nakal
murid-murid bising
kau tegur, bimbing dan ajar
penuh sabar, ikhlas dan senyum
kuntum bibir lebar
dan rasa sayang di hati…
kerana…
kau lah guru…
murid mengantuk
main di barisan belakang
mencemuh teguranmu
abai nasihatmu
terkadang menentangmu
kau tetap nasihati, dekati
belaikata dan bimbing
penuh hikmah tanpa marah
malah cerna kasihsayang
luhur hati
oh… hebatnya
kerana kaulah guru…
pelajar buat salah
besar dan buruk tingkahlaku
didenda engkar disiplin
terkenal rosak akhlak
tapi kau tetap dekati
dan… kaunseling
tanpa lalai ingati selalu
semua murid itu
dengan hati ceria
tanpa rasa benci
malah didoakan
dan belaian jiwa…
kerana kau lah guru
bila ibu bapa sergah
marah guru dan sekolah
sokong anak buta tuli
kata seranah caci
kau tetap terima saja
tanpa bantah kata
cuma jawab hikmah
lembut gigi dari lidah
tinggi sopan mu
kerana… kau lah guru
bila pelajar dapat anugerah
cemerlang tinggi markah
ibubapa kata ini lah anakku
inilah hasil didikkan ku
laungkan sirna anaknya
tanpa sedar jasa gurunya
tapi kau doa syukur
berbunga hati murid tersohor
tanpa rasa kecewa hati
kerana tidak dihargai
itulah kau… guru
suatu hari suatu masa
jumpa murid dan keluarga berjaya
dia tak kenal dirimu guru
engkau tegur manis selalu
tanpa rasa gundah
lupakan jasa jerih silam
itu amanah tak perlu ulang
engkau buat kerana Allah
didik manusia jadi khalifah
itulah tugasmu… guru
terkadang jua engkau jumpa
murid tua tegur salam mesra
telah lupa tapi murid kisahkan
betapa dulu engkau beri didikan
oh… kagum akan adab muridmu
engkau sebak sayu dirgahayu
tapi tetap kata itu semua
adalah kecil belaka
cikgu cuma bimbing sekelumit
sebagai ajaran ilmu yang sedikit
oh… guru..
sungguh tinggi jiwa nurani
hebat budimu dan merendah diri
kerana…
kau lah adi guru..
adi guru yang sebenar…
Ibni Khalid Jurait
tanggungjawab lepas berkahwin
Tanggungjawab seorang lelaki berkahwin :
(1) ALLAH;
(2) Rasulullah;
(3) Ibu;
(4) Ibu;
(5) Ibu;
(6) Bapa;
(7) Isteri;
(8) Anak-anak
Tanggungjawab seorang wanita berkahwin :
(1) ALLAH;
(2) Rasulullah;
(3) Suami;
(4) Anak-anak
... Jasin .. Revisited ...
19/04/2011
kitorang lawat MRSM Jasin
reunion kecil2an dan jumpa cikgu2
rinduuuuu kat zaman sekolah...!!!

Aku, huda, syed, afif, sahrina, lutfi, faizal aris Medic UKM
azilea pharmacist
fahmi economist
nazurah engineering PhD oxford univ
shima laili engineering
dolah pilot MAS
farah hanani medic UM
adilah shabuldin
amirah
muaz
fauzana
... maaf kalau ada nama tertinggal
dan last budak MOZAC zulfad

jumpa cikgu2 kat mrsm jasin
hajah norliza yang tidak putus2 memberi nasihat agama - jaga iman dan amal
cikgu salwa - teringat cikgu yang marah satu kelas kami satu ketika dahulu
cikgu mahibbah - cikgu kelas 510
cikgu amin - ayah homeroom 25 yang mengajar bahasa melayu
cikgu faizah - cikgu biologi
cikgu hasran, cikgu jadid, dan ramai lagi cikgu2 lain
... maaf tak dapat sebut semua
kat jasin
1st time duduk asrama - form4 dan form5
form4 kelas semua laki
form5 campur laki pompuan
banyak kisah suka duka pahit manis tawar masin kelat kat mrsm jasin
jumpa kawan baik kat sini
kantoi fly outing, pastu ustaz wat rollcall malam utk carik kiorang yang kantoi tu
teringat rollcall pagi2 sape lambat kena botak kepala guna mesin
pompuan yang lamabt rollcall kena ketuk ketampi
yang ada misai kene cukur separuh dek ustaz
budak kena 'court' kat asrama
tiru kerja sekolah
tido masa prep dalam kelas
beli dan bagi dedication coklat, dunkin donut, termasuklah kat diri sendiri
ada yang hantar pakaian dalam kat dobi tak kira laki ke pompuan
kafe bobo yang sekarang dah besar (melekat plak perkataan bobo tu..hehe)
jenguk kelas 510 yang banyak kenangan .. sekarang diorang dah reshuffle kelas, so kelas 510 yang dulu adalah kelas 511 sekarang
teringat kes budak2 ni botak licin kepala macam protes kat warden sampai pengetua mengamuk

kat sinila jugak mula biasakan diri dengan kepimpinan pegang jawatan librarian (PPSI)
bergaul dengan semua orang .. tak pemalu sangat macam zaman menengah rendah ...
brassband, PPSI, kelas tasawur...
study month utk spm yang baca sampai tertido2 .. lepak tepi padang utk baca, atas bukit utk baca dan semua tempat semata2 utk ilangkan ngantuk ..
oh join sidang redaksi TINTA MAS.. best!
seronoknya zaman sekolah ...... !!
nak sekolah semula .... huuuwaaaa ..... huwaaaaa ...
T_T

5 hari lagi bergelar seorang suami
am i getting old ... ?
mati itu semakin hampir ..
cukupkah amalan aku?
untuk tahun 5 medik ukm 2011/2012
tahniah kepada pelajar2 tahun 5 medik-ukm yang telah memulakan pengajian tahun akhir mereka awal minggu ini.
rajin2kan diri untuk belajar dalam tahun akhir.
buat study group dan tolong menolong antara satu sama lain.
bak kata Jeffrey, "dont compete, but please complete each other".
untuk minggu ssm ini, lakukan research elok2 dan betul2..
semoga sumbangan korang dalam dunia penyelidikan ini mendapat balasan setimpal daripada Allah
dan sama2lah jayakan korang punye BIG DAY iaitu MUASRM.
buat sama2, enjoy sama2.
itulah nikmat kepuasan maksima apabila semua kerja dibuat bersama.
masa ssm yang lazimnya banyak FREE TIME ni korang isilah dengan perancangan study sepanjang tahun, settlekan perkara2 remeh yang tak perlu ditangguh2, susun segala jenis nota dan buku ikut posting dan keutamaan...
susun jugak file2 nota atau lecture dalam laptop korang supaya mudah access nanti..
download dan print semua CPG yang ada supaya nanti takdela nak carik last2 minit..
buat checklist study setiap posting dari sekarang .. termasuk ruangan untuk 'tick' berapa kali da korang study tajuk2 tersebut..
last but not least, buatlah countdown pro exam korang :)

